Thursday 5 January 2012

WELCOME 2012


   Assalamualaikum :) dah lama Nadia tak post ape-2 , dan-2 dah masuk 2012.. SPM !!! harap-2 spm tahun ni Nadia dapat keputusan yang cemerlng n dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA / IPTS.. Amiinn.. Amin kan tau.. hehe.. first day sekolah not bad la..tp demam :( .. SUCKS !!! Blik sekolah pulak pegi beli buku baru , beg baru n baju pengawas adik Nadia (untung la jd pengawas =.=') balik beli barang pegi amek beby kat sekolah , seriously , skema glew  arh XD


   Sementara tunggu beby keluar sekolah , nadia call Jipee kejap.. who the heck is Jipee ??????? dont need to know laa... he is someone special for me ♥ .... 


   Nadia dah lama contact balik Jipee , tp baru-2 ni kteorg rapat.. tp sebagai kawan je la.. (tak lebeh pun lhaa , so tak yah nak  jelous keyh) malam new year Jipee cakap dy nak tunggu nadia habis spm then kteorg nak couple.. nadia happy sgt bila Jipee cakap mcm tu sbb nadia syg Jipee lg since kteorg kenal time nadia form 2..


   Tapi hapy nadia tak lama lepas nadia baca post Jipee pasal tisu Wan Adzlynn.. I dont know her and I dont want to know okay !!! so start saat itu la semangat nadia nak couple dengan Jipee semakin luntur.. biar la , nadia percaya qada' dan qadar.. lau ade jodoh nadia dengan Jipee ade lah.. lau tak de maybe nadia dengan seseorang yang lebih perfect.. maybe , one day :) ..


Ni la gambar Jipee , 

Okay la , gtg , salam :)

http//:nutdyalife.blogspot.com


Saturday 26 November 2011

RAMBUT BARU

assalamualaikum :)

  i just wanna show something..

1

2


3


SURPRISE !!!

its my new hair !!! befofe n after ..
   ok bye bye..


http//:nutdyalife.blogspot.com

PERGI M LA WEYH !!!

assalamualaikum :)
   nadia paling paling paling tak suka kalau ade orang yang nak baik dengan nadia n gunakan nama kawan nadia..knp ?? korang tak paham ke ?? ok , biar nadia bg contoh ( actually , ni bukan contoh , bukan cobaan..tp ini betul betul.. )

   semalam ade la number tak dikenali mcj nadia..kebetulan pulak nadia baru topup nadia reply je la mcj dye..mcm ni la dialog mcj nadia dengan dye.......


nadia      : mana dapat no ni ??
unknown :dapat daripada kawan.
nadia      : sape kawan awk tu ??
unknown : kalau sy cakap awk jgn bgtau org tu pulak..
nadia      : ok..
unknown : farid yg bg number ni..sy dah lame suka kat awk..
nadia      : farid bagi ?? ape motif farid ?? tak mungkin laa..
unknown : biar sy call awk sy bgtau..
nadia      : ok..

   bila dengar suare dye nadia terkejut sebab tu suara shafique al hafiz..nadia benci gila..dah la tipu nadia..sakitkan hati nadia..nak guna nama kawan nadia pulak..shit..PERGI M LAAA !!!nadia mmg tak nak ade kene mengena dengan syafiq lg..cukup la..

   then , boleh pulak kazen dye mcj nadia n cakap jgn sakitkan hati org..kebetulan syafiq nak spm..

   HEY , SAPE CONTACT SAPE SEKARANG NI ?? AKU TAK CONTACT KAU SEBAB AKU MMG TAN NAK ADE APE2 DENGAN KAU..KAU YG KACAU AKU..KAU DAH ADE AWEK , LAYAN JE LA AWEK KAU..

   huh , ok.. sbr nadia..biar la dia..pandai2 hidup..bye bye..


http//:nutdyalifeblogspot.com

Tuesday 22 November 2011

KEJE KEJE KEJE

assalamualaikum..


   nadia dah busan part time kat hotel..so nadia nak cari keje lain,,disebabkan nadia minat tengok wayang , nadia nak keje dekat tgv cinema sunway pyramid..dengan bantuan imy , nadia g tgv n isi borang part time n tunggu dia call utk interview..interview ?? ouh , tidak !! takpe , nadia boleh hadapi..yes , nadia boleh..harap2 adia dapat keje dekat situ..amin..doakan nadia tau..


   lepas isi borang , nadia n imy tengok wayang..cerita AKU BUKAN TOMBOY..best n kelakar gila..time citer tu start , ade ke patut akak yg duduk belakang nadia gelak mcm setan..padahal pakai tudung..haish . tak patut tak patut..eh , biar la dia..dosa masing2..apa la nadia ni..nak menyebuk je..

   be4 tht , masa nadia sampai kat tgv , nadia nmpak sorg guy ni..mcm kenal..tp kat ne ?? hmm , biar laa..tak penting pun..bukan nye masuk exam tahun depan (sebab dah cuti sekolah) .. hehehe.. boleh pulak nadia merapu dekat blog sendiri..eh , suka hati la..ni blog saya..see , merapu lagi..daripada merapu lagi baik saya mengundurkan diri..bye bye semua..syg u all..




http//:nutdyalife.blogspot.com

SAYABENCISYAFIQ

assalamualaikum..


   betul cakap mak..nadia tak patut kongkong syafiq..biarla dia dengan hidup dia n nadia dengan hidup nadia..cakap tak de ape2 dengan farah n suzana la..lastly cpl jgk dengan farah..what tht ?? ok , mmg nadia jeles..tp nadia dah  mls nak fikir sebab tak nak sakit hati..


   ok nadia..stop thinking about him..aarrgghh..ok , nadia kena lupakan dia jgk..tp mak cakap jgn sombong dengan syafiq..hurm..keliru keliru..


   so dengan ini nadia isytiharkan NADIA AKAN REMOVE SYAFIQ !!! lantak la lau syafiq nak " meluahkan perasaan " dekat mak nadia..i dont care about him anymore !!!




http// :nutdyalife.blogspot.com

Tuesday 1 November 2011

DUGAAN DUGAAN..

assalmualaikum :)
  
   nadia sedih sangat bila nadia tau farid dh couple dengan org lain..nadia sedih , nadia menangis sebab nadia sayangkan farid..farid cakap dia cari perempuan lain sebab nadia tak pernah pikir sal farid , nadia tak pernah sayangkan farid..sedangkan nadia selalau pikir sal farid , nadia sayangkan farid tp nadia tak nak bgtau farid..nadia tak nk tunjuk kat farid..


   nadia menghilangkan diri hari tu sebab nadia hampir kene tahan dekat wad..nadia cakap kat farid nadia ok..sebenarnya nadia sakit.nadia tak nak farid tau nadia sakit..nadia tak nak farid susah hati..biar nadia sorg sakit..


   bila nadia gtau farid macam tu , farid mintak maaf n farid nak jadi kawan nadia..tp nadia tak nak kwn dengan farid..nadia tak nk terima farid lg walaupun sebagai kawan sebab nadia tak nak nanges bila tengok farid mesra dengan awek dye..so nadia bwat keputusan untuk melupakan farid..
  
   lagipun gf farid selalu luangkan masa untuk farid masa nadia menghilang kan diri..maybe its the best for him..nadia kena delete SEMUA perkara yang ade kene mengena dengan farid..nadia akan remove farid dri fb nadia n nadia akan deactived fb bwat sementara waktu sehingga la jiwa nadia dah ok..


   nadia tak boleh lemah..nadia kene kuat..nadia kene lawan perasaa sedih nadia..nadia hanya mampu berdoa kepada Allah SWT dan memohon ketenangan jiwa serta petunjuk..amin..




http://pontianakbawahumo.blogspot.com

Tuesday 25 October 2011

Kanser Payudara - Punca, Gejala dan Rawatan

 Harap jangan salah faham..saya cuma ingin berkongsi pengetahuan mengenai kanser payudara..



Apa Itu Kanser Payudara?

Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

Pengelasan Kanser Payudara

Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan.

Tanda dan Gejala Kanser Payudara

Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.

Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.

Peringkat Kanser Payudara

Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).

Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.

Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.

Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.

Kaedah Rawatan

Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Terdapat beberapa jenis rawatan seperti kemoterapi, pembedahan dan homoeopathy (dan lain-lain rawatan alternatif). Prognosis (ramalan) kanser payudara pada peringkat awal selalunya adalah baik, tetapi di peringkat akhir, seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik.